[VIDEO] PRU15: Calon PH Padang Serai M Karupaiya meninggal dunia

Karupaiya (kiri) pada hari pengumuman calon PH baru-baru ini.
Karupaiya (kiri) pada hari pengumuman calon PH baru-baru ini.
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya meninggal dunia pada Rabu akibat serangan jantung.

Mendiang yang bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan Sabtu ini merupakan penyandang Parlimen tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menerusi ciapan di laman twitter pada petang Rabu.

Menurutnya, berita kematian mendiang yang berusia 69 tahun dimaklumkan oleh petugas pejabat di Padang Serai.

Beliau merupakan Naib Pengerusi III PKR Kedah selain Ketua Cabang Padang Serai.

Pada PRU14, Karupaiya memperolehi 31,724 undi dan menewaskan calon daripada Pas dan BN dengan majoriti 8,813 undi.

Artikel Berkaitan: