Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar (berdiri lapan, kanan) dan Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir (berdiri tujuh, kiri) bergambar kenangan bersama kontinjen Malaysia pada Majlis Sambutan Kontinjen Malaysia dari WorldSkills Asia (WSA) Abu Dhabi 2018 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Kontinjen Malaysia berjaya memenangi tiga pingat emas, tiga pingat perak dan lima pingat ‘Medallion Of Excellent’ daripada 17 bidang kemahiran yang dipertandingkan melibatkan penyertaan 19 buah negara termasuk Malaysia.- Foto Bernama.