PM tiba di Bintulu, lancarkan Bersatu Sarawak

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disambut oleh para penyokong sebaik tiba di Lapangan Terbang Bintulu malam ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disambut oleh para penyokong sebaik tiba di Lapangan Terbang Bintulu malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

BINTULU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Bintulu dengan pesawat khas pada jam 5.55 petang ini.

Beliau yang berada di sini untuk melancarkan Bersatu Sarawak di Dewan Suarah Bintulu malam ini, diiringi oleh isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, serta anggota dan penyokong parti.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Talib Zulpilip, yang mewakili kerajaan negeri Sarawak.

Dr Mahathir adalah pengerusi PH, yang dianggotai oleh DAP, PKR, serta Amanah, dan beliau juga merupakan pengerusi Bersatu.

Ini merupakan lawatan kali pertama Dr Mahathir ke bandar minyak dan gas ini sejak beliau kembali sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memenangi pilihan raya ke-14 pada 9 Mei.

Beliau dijadual kembali ke ibu negara pagi esok. - Bernama

Artikel Berkaitan: