X

Kindly register in order to view this article
!

Umno Kelantan yakin tiada ahli sertai ceramah Mahathir

Hanafi Mamat
Hanafi Mamat
A
A

KOTA BHARU - Umno Kelantan yakin ahli-ahlinya tidak mudah termakan dengan agenda politik Bersatu, walaupun parti baru itu dijangka membuat ceramah pertamanya di sini malam ini.

Setiausaha Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat berkata, beliau percaya yang ahli-ahlinya masih setia menyokong dan mendukung perjuangan parti, sekali gus tidak mudah dihasut mana-mana pihak.

“Saya yakin, mereka tidak mudah termakan hasutan,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa kepimpinan lain dijadualkan akan membuat ceramah sulungnya di Ketereh, malam ini.

Ketika ditanya adakah Umno negeri akan mengambil tindakan kepada mana-mana ahli yang menyertai ceramah tersebut, beliau berkata, masih terlalu awal untuk menjangkakan ada ahli Umno yang hadir di majlis itu.

“Umno tidak akan terburu-buru untuk ambil tindakan. Walau bagaimanapun, saya yakin, ahli Umno yang bijak dan tahu menghormati parti tidak akan hadir ceramah tersebut. Dan saya juga nasihatkan mereka untuk tidak hadir,”katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!