X

Kindly register in order to view this article
!

Shafie tolak jadi timbalan presiden parti baharu?

Shafie Afdal
Shafie Afdal
A
A

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa ditawarkan menjadi orang nombor dua dalam parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, beliau memilih untuk menolak tawaran itu.

"Tan Sri Muhyiddin (Yassin) minta saya...berkenaan parti baharu dan beritahu saya, 'Datuk Seri Shafie Apdal, kamu akan jadi timbalan presiden dan saya jadi presiden'.

"Tapi saya kata, tak apa. Saya bukannya mahu menjadi presiden, timbalan presiden parti. Tidak perlu. Tun (Mahathir) tubuh, Muhyiddin jadi presiden, saya akan sokong apa yang perlu sokong.

"Sudah tiba masa saya balik kampung. Saya perlu bantu orang saya," katanya ketika memberi ucapan pada majlis sambutan hari raya bersama penyokongnya di Kota Belud, Sabah, hari ini.

Mahathir sebelum ini telah mengumumkan mengenai hasratnya untuk menubuhkan parti baharu itu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan agar tiada yang membuat spekulasi terhadap perkara itu.

"Jangan buat spekulasi. Parti lain minta saya 'masuklah' tapi saya cakap 'cukuplah'.

"Saya ini tidak ada penyokong. Di Semporna pun berapa ramai yang akan ikut saya. Tunggulah pilihan raya nanti," katanya.

Tegasnya, beliau memasuki politik kerana mahu membantu rakyat, bukannya mengejar jawatan.

"Perjuangan kita tumpu di negeri Sabah dan hak rakyat Sabah. Isu keluar Malaysia tidak timbul.

"Pembangunan bandar, luar bandar di negeri ini harus diimbangi," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!