X

Kindly register in order to view this article
!

Mahasiswa diingat tidak sertai perhimpunan haram

Datuk Razali Ibrahim
A
A

MUAR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengingatkan mahasiswa yang sedang bercuti semester supaya tidak melibatkan diri dalam perhimpunan guling kerajaan pada malam sambutan tahun baharu.     Razali, yang juga Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Umno, sebaliknya meminta mereka menggunakan masa terluang untuk melakukan aktiviti berfaedah.     "Kalau benar-benar mahasiswa bijak, mereka tidak akan mengambil bahagian dalam perhimpunan ini kerana untuk menurunkan sesebuah kerajaan boleh dilakukan pada masa pilihan raya," katanya.     Beliau menyifatkan tindakan pembangkang yang mahu menganjurkan himpunan haram itu membuktikan mereka dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan rakyat.     Pihak berkenaan tidak perlu menunggu sambutan tahun baharu untuk mengadakan perhimpunan menggulingkan kerajaan sekiranya mereka benar-benar mendapat sokongan rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Muar, di sini hari ini.     "Mereka mahu mengadakan perhimpunan haram pada hari itu kerana mereka tahu orang ramai pada kebiasaannya keluar untuk menyambut ambang tahun baharu.     "Mereka mahu menunjukkan bahawa rakyat menyokong mereka tetapi sedangkan tidak ada isu yang boleh dijadikan asas untuk menggulingkan kerajaan," katanya. - Bernama


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus