Gaji penjawat awam: Saifuddin Nasution cabar Wan Ahmad Fayhsal nyata pendirian

Saifuddin bermesra dengan tetamu di Majlis Sambutan Aidilfitri di Maktab PRDM, Kuala Kubu Baharu, di sini pada Jumaat.
Saifuddin bermesra dengan tetamu di Majlis Sambutan Aidilfitri di Maktab PRDM, Kuala Kubu Baharu, di sini pada Jumaat.
A
A
A

HULU SELANGOR - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dicabar untuk menyatakan pendiriannya menolak cadangan menaikkan gaji penjawat dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Disember ini.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Ahli Parlimen Machang itu perlu jelas dengan kenyataannya bagi membolehkan rakyat terutama pengundi di Kuala Kubu Baharu membuat keputusan nanti.

"Jadi saya hendak tanya Wan Ahmad Fayhsal sila nyatakan pendirian tidak setuju dengan pengumuman kenaikan gaji anggota perkhidmatan awam sekarang.

"Sebab kita hendak tengok apabila kita bentang belanjawan nanti (apa pendiriannya) sebab beliau kata kenaikan gaji hanya boleh dilaksanakan jika belanjawan diluluskan di Parlimen.

"Saya hendak Wan Ahmad Fayhsal dan rakan-rakannya nyatakan beliau tidak setuju dan akan tolak belanjawan yang akan memasukkan inti pati mengenai kenaikan gaji penjawat awam nanti," katanya kepada pemberita selepas selesai majlis Sambutan Aidilfitri di Maktab PDRM, Kuala Kubu Baharu, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengenai isu kenaikan gaji penjawat awam.

Ia susulan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal dalam ceramahnya sebelum ini yang mempersoalkan mengenai pengumuman kenaikan gaji penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lalu mengumumkan skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kadar itu tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!