X

Kindly register in order to view this article
!

Konflik Pas, DAP: Era Fadzil Noor, Nik Aziz lebih mudah

DAP, Pas
DAP, Pas
A
A

SHAH ALAM - Mengimbau konflik di antara Pas dan DAP, ia disifatkan lebih mudah ketika era pentadbiran Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pemegang ketiga Kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram berkata, perselisihan utama dalam pakatan pembangkang, sememangnya daripada kedua-dua parti ini.

Walaupun ada di antara individu dalam DAP cuba menjaga hubungan itu, tetapi ada juga pihak lain yang ‘naik tocang’.

"Sewaktu Pakatan Rakyat, ketiga-tiga parti utama masing-masing menjaga kepentingan parti dan kadangkala tidak menghormati keputusan bersama.

"Selepas pilihan raya lepas, DAP lah yang keluar dari Pakatan, bukan Pas. Tindakan itu telah menghancurkan kerjasama," katanya dalam satu wawancara.

Mengulas lanjut, Dr Jomo berkata, keadaan menjadi semakin rumit menjelang Muktamar Pas dua tahun lalu.

"Pimpinan DAP jelas campurtangan hal dalaman Pas, dengan menyokong Mat Sabu dan menentang Haji Hadi, kononnya atas soal kerjasama pembangkang.

"Kemudian, apabila Mat Sabu serta golongan yang dipinggirkan dalam Pas keluar menubuhkan Amanah, DAP jelas menyokong mereka.

"Pemimpin Umno juga berjaya mengambil kesempatan dalam keadaan kucar-kacir ini untuk memastikan pihak pembangkang tidak bekerjasama. Media massa dan badan kerajaan tertentu turut main peranan," katanya lagi.

Tambah Dr Jomo, media massa BN juga digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk mengkritik satu sama lain, menambah kekeruhan hubungan di antara mereka.

"Pemimpin pembangkang juga kemudiannya menggunakan media yang dikuasai BN untuk kritik-mengkritik satu sama lain tanpa usaha mencari penyelesaian," katanya lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Putus segera hubungan dengan Pas]

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas mungkin tanding kerusi Melayu di Selangor]

[ARTIKEL BERKAITAN: Teruskan perjuangan tanpa Pas]  


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!