X

Kindly register in order to view this article
!

A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar Datuk Husam Musa membuktikan kesediaannya bersumpah talak isteri jika usaha untuk menyatukan Pas dan Umno itu benar.

Abdul Hadi berkata, jika benar dakwaan Adun Salor itu berasas, Husam tidak perlu teragak-agak bersumpah untuk membuktikan perkara itu wujud.

[ARTIKEL BERKAITAN: Husam dedah niat Abdul Hadi?]

"Biar dia sumpah lah betul tak, kalau apa yang dia kata itu betul.

"(Kalau) apa yang kami kata tak betul, sila bersumpah," katanya pada sidang media selepas Hi-Tea Konvensyen bertajuk 'Jelas Bersama Presiden' anjuran Dewan Muslimat Pas Selangor di SACC, di sini, hari ini.

Terdahulu, Husam ketika majlis 'Demo Tanya, Ambo Jawab', di Kota Bharu, Kelantan, malam tadi berkata beliau sanggup bersumpah talak isteri untuk membuktikan usaha itu wujud selepas PRU12 pada 2008.

Dakwa Husam, pada masa itu, Abdul Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.  


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!