X

Kindly register in order to view this article
!

Mohd Akmal Kamaruddin
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas Perak memandang serius di atas penghinaan demi penghinaan terhadap agama oleh beberapa NGO dan individu atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, tindakan mereka jelas menunjukkan kurangnya kefahaman terhadap Islam.

"Malahan lebih parah apabila ada yang mula menentang Islam secara terang.

"Serangan pemikiran ini menatijahkan kesan yang buruk kepada umat Islam khususnya di Perak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak kerajaan agar menangani penyebaran fikrah songsang yang dikatakan semakin serius sejak akhir ini.

"Kami sedia bersemuka dengan pihak berkenaan bagi merungkai segala kekusutan.

"Malahan kami juga sedia untuk berdialog, diskusi dan bertemu mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan tentang Islam juga perjuangan Pas," tegasnya.

Dalam pada itu, Mohd Akmal turut menyeru kepada semua pihak supaya berani membela Islam.

Mohd Akmal dalam masa yang sama turut mengingatkan seluruh umat Islam untuk bersatu dalam perjuangan memartabatkan Islam.

"Terapkan cara hidup berlandaskan Islam baik dalam pentadbiran, politik, perundangan, ekonomi, munakahat dan muamalat demi membina Malaysia yang sejahtera," katanya lagi.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus