Blok pembangkang bukan ancaman besar kepada Umno

Syed Ali Al-Habshee
A
A

SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk  Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan pembentukan blok pembangkang sama sekali tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Umno dan BN.

Katanya, pembentukan blok pembangkang juga masih belum diterima ramai oleh rakyat Malaysia.

"Blok pembangkang bukan ancaman besar kepada Umno, saya tidak nampak rakyat sudah bersedia untuk menerima acuan tersebut," katanya menerusi blog Umno Bahagian Cheras hari ini.

Ujarnya lagi kewujudan blok pembangkang mencerminkan antara parti-parti pembangkang mempunyai agenda tersendiri terutama bagi menghadapi PRU14.

"Blok pembangkang dilahirkan sebagai persedian mereka menghadapi PRU, tetapi saya yakin  tidak akan menyusutkan sokongan rakyat terhadap Umno dan BN," tegasnya.

Sementara ketika mengulas mengenai kerjasama terbaru Pas dengan parti Ikatan menerusi blok ketiga, Syed Ali menjelaskan kerjasama itu tidak memberi kesan kepada kekuatan Umno.

"Pas  boleh berkerjasama dengan Ikatan, itu hak mereka sepertimana mereka pernah melakukannya dengan DAP dan PKR sebelum ini," ujarnya.

Pembangkang di Malaysia mempunyai dua blok iaitu menerusi Pakatan Harapan (DAP, Amanah, PKR), dan terbaru antara Pas dan Ikatan.  


×