X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar akan pastikan Hadi datang mesyuarat

A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa beliau sendiri akan memastikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR akan datang. Bagaimanapun Anwar berkata, beliau akan memberi notis peringatan yang baik supaya pemimpin Pas itu dapat mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat bersama antara PKR, DAP dan Pas pada masa akan datang. "Mungkin selepas ini kita akan beri notis (peringatan) yang baik, mesyuarat seterusnya kita akan pastikan tarikhnya lebih sesuai buatnya, saya pasti dia boleh hadirinya. "Kita sentiasa berunding dengan pemimpin parti PR untuk menetapkan tarikh supaya sesuai dan selesa kepada mereka," katanya kepada pemberita di pekarangan Dewan Rakyat, di bangunan Parlimen, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang menegur sikap Hadi kerana seringkali tidak hadir pada mesyuarat Majlis Presiden PR dan membelakangkan keputusan yang diputuskan badan itu. Tanpa berselindung, Guan Eng berkata, agak sukar bagi PR untuk terus beroperasi apabila Pas mempunyai pemimpin yang boleh 'menolak segalanya', termasuk keputusan yang dicapai ketika beliau tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden PR sebelum ini. Ketika ditanya tentang sikap Hadi itu, Anwar bagaimanapun mengesahkan dakwaan Guan Eng itu sambil memberitahu pemimpin Pas itu tidak kerap menghadirinya. "Saya tidak mahu beri tuduhan negatif kepada Hadi. Jadi dia akan hadir mesyuarat akan datang. "Saya rasa komunikasi dengan dia tiada masalah," katanya lagi.


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus