X

Kindly register in order to view this article
!

Ahmad Said enggan ulas isu pertukaran MB

Ahmad Said
A
A

HULU TERENGGANU - "No Comment". (Tiada komen).     Demikian jawapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung Terengganu bakal menerima menteri besar baharu dalam masa terdekat.     Ditanya mengenai dua nama anggota Dun yang disebut laporan itu calon menteri besar baharu, Ahmad berkata terserah kepada penulis berita tersebut untuk membuat andaian.     "Biarkan dia," katanya yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Tasik Kenyir, di sini.     Akhbar itu antara lain menyebut Ahmad yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU13 tahun lepas, menandatangani satu surat yang bersetuju untuk mengetuai kerajaan negeri selama setahun sahaja selepas BN hanya memperoleh majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.     Laporan yang memetik sumber itu berkata Ahmad menandatangani surat tersebut yang turut mensyaratkan beliau melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Terengganu kira-kira dua minggu selepas PRU13 pada 5 Mei.       Laporan itu menyebut Adun Seberang Takir yang juga Exco Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dan Adun Air Putih Wan Hakim Wan Ahmad sebagai calon menteri besar baharu. - Bernama


×

Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!