Van de Beek akui lega

Van de Beek
Van de Beek
A
A
A

TONGGAK baharu Manchester United, Donny van de Beek mengakui lega apabila perpindahannya dari Amsterdam Arena ke Old Trafford diselesaikan dengan sempurna walaupun mengambil sedikit tempoh masa.

Pemain Belanda itu melengkapkan perpindahan bernilai 40 juta pound dari Ajax Amsterdam menyatakan keterujaannya untuk membuat penampilan sulung bersama The Red Devils menentang Crystal Palace.

“Minggu ini penuh cabaran dan merumitkan apatah lagi dengan pertandingan melibatkan skuad kebangsaan Belanda, namun sejujurnya saya cukup teruja apabila kedua-kedua kelab berbincang secara profesional.

“Biarpun menemui kesepakatan, namun beberapa perkara lain seperti pemeriksaan perubatan masih harus dilakukan bagi melengkapkan proses perpindahan sebelum ini.

“Pada akhirnya, saya sangat gembira kerana semuanya sudah berakhir dan dapat kembali bermain bola sepak lagi kerana situasi sebelum ini agak merimaskan ini bagi seorang pemain.

“Apapun sebelum ini ramai pemain Belanda yang hebat beraksi Manchester United dan saya telah melihat mereka meninggalkan impak yang positif bersama kelab ini,” katanya.

Rundingan antara Manchester United dan Ajax Amsterdam bagi pembelian pemain itu sebelum ini mengambil masa yang panjang dalam usaha kedua-dua kelab mempersetujui terma-terma perpindahan.

Real Madrid pernah berminat mendapatkan khidmat Van de Beek sebelum ini, namun gagal setelah gergasi Inggeris itu menyatakan minat merekrut pemain berkenaan yang berakhir dengan persetujuan produk akademik Ajax itu.

Artikel Berkaitan: