Chelsea calon pilihan juara EPL

Chelsea berjaya membawa masuk beberapa pemain berkualiti pada jendela perpindahan kali ini.
Chelsea berjaya membawa masuk beberapa pemain berkualiti pada jendela perpindahan kali ini.
A
A
A

CHELSEA dinilai mampu menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas berbelanja besar dan berjaya membeli beberapa pemain berkualiti memperkuatkan pasukan itu.

Bekas penyerang Chelsea, Nicolas Anelka berkata, keupayaan yang dimiliki pasukan kendalian Frank Lampard itu mampu menyaingi gergasi EPL seperti Liverpool dan Manchester City.

"Saya rasa mereka (Chelsea) mempunyai peluang cerah untuk menang trofi EPL, namun ia bersandarkan kepada apa yang mampu dilakukan oleh Liverpool dan City.

“Tetapi, Lampard mampu untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik musim lepas dan dengan mendapatkan beberapa pemain hebat ini, mereka mempunyai peluang untuk muncul juara.

“Jadi, saya percaya tidak kira di kedudukan pertama, kedua atau ketiga, kita akan melihat pasukan Chelsea yang sangat kuat dan mampu menjadi pencabar," katanya.

The Blues menjadi pasukan paling aktif melakukan pembelian pemain menjelang saingan EPL yang akan membuka tirainya 12 September ini dengan membawa masuk beberapa pemain seperti Timo Werner, Kai Havertz, Hakim Ziyech, Ben Chilwell, Thiago Silva dan Malang Sarr.

Dalam pada itu, Anelka percaya Lampard mampu mengandingkan pemain senior dan pemain muda dengan baik agar kekuatan seimbang boleh digarap dalam pasukan.

“Saya rasa Lampard cukup bijak, dia tahu apa yang diperlukan untuk menang dan bersaing dengan pasukan besar. Ketika saya bermain bersama Chelsea dan Arsenal, kami memiliki pemain muda dan pemain berpengalaman.

Artikel Berkaitan:

"Pemain muda masih lagi berpeluang beraksi, namun mereka perlu kuat mental untuk bersaing setiap minggu," katanya.