Pelajar perubatan Universiti Cyberjaya dilatih hadapi kecemasan, bencana

Pelajar perubatan UC menjelaskan maklumat kesihatan kepada seorang penduduk kampung ketika operasi dan bantuan kemanusiaan di Bhan Phon Sawattaya di Laos.
Pelajar perubatan UC menjelaskan maklumat kesihatan kepada seorang penduduk kampung ketika operasi dan bantuan kemanusiaan di Bhan Phon Sawattaya di Laos.
A
A
A

CYBERJAYA - Menyedari bahawa mereka yang terlibat dalam profesion perubatan perlu bersedia menghadapi krisis global, Universiti Cyberjaya (UC) di sini memastikan semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) universiti itu didedahkan dengan program Bantuan dan Perubatan Bencana (DRM).

UC merupakan antara universiti di rantau ini yang menyediakan latihan untuk pelajar MBBS bagi mengembangkan kemahiran kepimpinan dalam kecemasan yang belum pernah mereka lalui.

Program MBBS di UC telah menghasilkan 1,341 doktor yang kebanyakannya kini menjadi subspesialiti.

Dalam perkembangan kerjaya mereka, alumni universiti itu berkhidmat kembali kepada masyarakat dengan menggunakan kemahiran khas yang dipelajari dalam program DRM.

Fakulti Perubatan UC diketuai oleh Jeneral (B) Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin yang merupakan bekas pegawai kanan perubatan yang berkhidmat dengan Tentera Laut dan Tentera Udara sebelum menjadi ketua doktor di Grand Prix Formula 1 Malaysia.

Mohd Zin berkata, pengurusan bencana bertujuan untuk mengurangkan kemungkinan kerugian daripada bahaya, menawarkan bantuan yang sesuai dan mencapai pemulihan yang cepat.

“Pelajar yang menjalani program ini lebih bersedia untuk menghadapi bencana dengan tenang dan cara terkawal,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang pelajar perubatan UC menguji telaga tiub yang baru dibina sebagai sebahagian daripada misi mereka di Bangladesh pada tahun 2018.
Seorang pelajar perubatan UC menguji telaga tiub yang baru dibina sebagai sebahagian daripada misi mereka di Bangladesh pada tahun 2018.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, graduan UC pada tahun 2016, Dr Aziezah Norul Anhar berkata, beliau dan pelajar MBBS lain didedahkan kepada latihan praktikal di mana mereka diminta untuk memberikan tindak balas bantuan di lapangan termasuk mendirikan dan menguruskan hospital sementara serta menangani mangsa dalam situasi simulasi bencana.

“Saya masih ingat pensyarah saya mengatakan bahawa kami akan menghadapi banyak rintangan dan perjuangan dalam kerjaya perubatan tetapi kami dipesan untuk menghadapinya dengan sabar,” katanya.

Dr Aziezah kini berkhidmat dengan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif di Hospital Putrajaya dan ketika kes koronavirus (Covid-19) mula meningkat di Malaysia, beliau diminta untuk bertugas di Hospital Sungai Buloh.

Pendedahan yang diberikan ketika menuntut di UC turut memberi manfaat kepada Dr Atiqah Shakira Azmy semasa beliau ditugaskan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-9 Berisiko Rendah MAEPS (PKRC), Serdang selama sebulan.

Graduan tahun 2016 yang kini berkhidmat sebagai pegawai perubatan dalam bidang Kebidanan dan Ginekologi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang itu berkata, tugasnya berubah akibat penularan pandemik Covid-19.

“Dahulu, mereka yang demam, batuk dan hidung berair dirawat sebagai pesakit dengan infeksi saluran pernafasan. Sekarang, mereka harus menjalani prosedur untuk merawat Covid-19,” katanya.

Selain pendedahan latihan simulasi, pelajar MBBS UC juga mengambil bahagian dalam program bantuan antarabangsa tahunan yang pada tahun-tahun sebelum ini mereka telah melawat zon gempa bumi dan banjir kilat di Nepal, Vietnam, Laos, Bangladesh dan Indonesia.

Dalam program ini, pelajar didedahkan kepada operasi dan bantuan kemanusiaan dengan bekerja bersama NGO serta penduduk setempat untuk memberikan perkhidmatan perubatan, bantuan masyarakat dan penyediaan bantuan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program MBBS di UC dan mendengar lebih banyak kisah daripada alumni, profesor dan pelajar mengenai bagaimana mereka maju dalam kerjaya sambil menyumbang balik kepada masyarakat, layari www.cyberjaya.edu.my/perubatan, WhatsApp 011-1112 3344 atau e-mel inquiry@cyberjaya.edu.my.