X

Kindly register in order to view this article
!

Pemulihan bekalan air secara berperingkat

Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Khamis lepas susulan berlakunya pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor. -Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 281 kawasan telah pulih sepenuhnya manakala 1,011 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata secara keseluruhan, 21.75 peratus daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air yang berjadual ini telah pulih sepenuhnya.

"Peratusan pemulihan melibatkan kawasan Petaling 10.20 peratus, Klang/Shah Alam 0 peratus, Gombak 0.36 peratus, Kuala Lumpur 0 peratus, Hulu Selangor 35.29 peratus, Kuala Langat 0 peratus manakala Kuala Selangor 91.70 peratus.

"Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, Air Selangor memohon kerjasama para pelanggan yang telah menerima bekalan agar menggunakan air secara berhemat.

"Ini bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.

"Air Selangor memberi jaminan bahawa kualiti bekalan air yang diagihkan kepada pengguna adalah selamat dan menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Menurutnya, Air Selangor amat menghargai sokongan dan bantuan lori tangki daripada operator air negeri serta agensi-agensi lain seperti sebuah dari Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), sebuah dari Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), dua buah dari Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA), dua buah dari Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), sebuah dari Lembaga Air Perak (LAP), sebuah dari Syarikat Air Terengganu (SATU), tiga buah dari Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd (SAJ) dan dua buah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, untuk membantu mengagihkan air kepada para pengguna yang terjejas.

"Air Selangor akan terus memaklumkan status terkini kepada para pengguna dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!