Enam bot nelayan tenggelam dibadai ombak besar

Enam bot nelayan tenggelam elepas dibadai ombak besar di 3.7 batu nautika dari muara Hutan Melintang semalam.
Enam bot nelayan tenggelam elepas dibadai ombak besar di 3.7 batu nautika dari muara Hutan Melintang semalam.
A
A
A

LUMUT - Enam bot nelayan tempatan dilaporkan tenggelam selepas dibadai ombak besar di 3.7 batu nautika dari muara Hutan Melintang, dekat Bagan Datuk, semalam.

Bagaimanapun, kesemua awak-awak bot berkenaan berjaya diselamatkan nelayan yang berada berhampiran ketika kejadian itu berlaku.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut daripada Polis Marin kira-kira 12.50 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, kesemua mangsa diselamatkan nelayan berhampiran dan jumlah mangsa yang terlibat masih tidak dapat dikenal pasti.

“Setakat ini tiada kematian dilaporkan. Kesemua bot itu dikenal pasti keluar dari jeti di Sekinchan, Selangor, Bagan Datuk dan Hutan Melintang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku berikutan fenomena air pasang besar, hujan lebat dan angin kuat sehingga menyebabkan bot-bot berkenaan tenggelam.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya nelayan lebih berhati-hati dan memakai jaket keselamatan ketika menangkap ikan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku dan segera melaporkan sebarang kejadian kepada pihak berkuasa ketika di laut. - Bernama

Artikel Berkaitan: