X

Kindly register in order to view this article
!

Azmin ketuai sesi libat urus industri di Kedah dan Perlis

Mohamed Azmin Ali
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bakal mengadakan beberapa sesi libat urus di beberapa negeri bagi mendapatkan maklum balas industri mengenai perkembangan pemulihan operasi syarikat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

MITI dalam satu kenyataan hari ini berkata, terbaharu, sesi berkenaan akan diadakan di Alor Setar, Kedah dan Kangar, Perlis bermula esok sehingga 6 September 2020 yang akan diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Ia adalah kesinambungan kepada sesi turun padang peringkat negeri Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yang telah dijalankan di Johor, Melaka, Sabah dan Pulau Pinang sejak Julai.

"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program yang diselaraskan di bawah Kempen Pembudayaan Norma Baharu peringkat MITI," kata kementerian itu.

Sepanjang sesi libat urus tersebut, Mohamed Azmin, pihak pengurusan MITI dan agensinya akan menganjurkan lawatan kilang selain sesi dialog bersama persatuan, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana daripada sektor pembuatan serta perkhidmatan.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!