KUNDAL tawar pengalaman mewah pada harga berpatutan

Rangkaian produk penjagaan rambut KUNDAL dihasilkan daripada ekstrak bahan semula jadi.
Rangkaian produk penjagaan rambut KUNDAL dihasilkan daripada ekstrak bahan semula jadi.
A
A
A

DIBAWAKAN secara eksklusif oleh Guardian Malaysia (Guardian), KUNDAL yang merupakan rangkaian penjagaan rambut jenama terlaris dari Korea menawarkan pengalaman mewah penjagaan rambut pada harga berpatutan.

Wakil KUNDAL dan jurugaya rambut, Juno Loo berkata, misi KUNDAL ialah memberikan kemewahan, kuasa dan produk penjagaan diri semula jadi yang disukai ramai.

Menurutnya, jenama itu diasaskan pada 2016 dan sehingga kini, sebanyak 15 juta produk telah terjual di seluruh Korea.

"Kami menetapkan standard tinggi untuk kesemua produk dan KUNDAL mahu menjadi jenama yang tidak dapat dipisahkan daripada rutin harian pengguna," katanya ketika sesi penggayaan rambut menggunakan produk KUNDAL di Leekaja Beauty Saloon di ibu negara baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Penjagaan Diri Guardian Malaysia, Tiffany Choo.

Tiffany (kanan) menunjukkan rangkaian produk penjagaan rambut KUNDAL yang kini boleh didapati di Guardian.
Tiffany (kanan) menunjukkan rangkaian produk penjagaan rambut KUNDAL yang kini boleh didapati di Guardian.

Loo berkata, setiap tiga saat satu produk jenama itu terjual dan jenama berkenaan kini memiliki 14,000 kedai di tujuh negara seluruh dunia.

Katanya, kacang makadamia yang kaya dengan khasiat dan kuasa melembapnya merupakan bahan utama dalam produk KUNDAL.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Tiffany berkata, KUNDAL terdiri daripada syampu, perawatan rambut dan serum serta turut menawarkan produk penjagaan kulit iaitu mandian dan cecair pembasmi kuman.

"Guardian menjadi satu-satunya premis yang menjual produk ini di Malaysia dan kami sangat berbangga serta teruja dengan kerjasama eksklusif bersama jenama ini," katanya.

Beliau berkata, Guardian menawarkan 20 produk KUNDAL dan rangkaian produk jenama itu boleh dimiliki pada harga bermula dari RM12.90 hingga RM28.90.