Remaja lelaki maut, motosikat langgar kenderaan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai melanggar sebuah kenderaan di Kilometer 10.3 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Bulatan Batu Caves menghala Ampang, di sini, malam tadi.

Mayat Muhammad Hakimi Dali, 18, ditemui bersama motosikalnya di lorong kiri laluan itu oleh anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian pada pukul 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, remaja yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC itu cedera parah di muka dan badan.

“Berdasarkan serpihan ditemui di lokasi kejadian, kenderaan yang dilanggar itu dipercayai sebuah lori dan usaha mengesan kenderaan terlibat dalam kemalangan itu giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Setakat ini, tiada yang tampil membuat laporan berhubung kejadian itu dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: