Pelajar kena tipu lebih RM6,000

Seorang pelajar ditipu lebih RM6,000 oleh sindiket yang menawarkan pinjaman wang tidak wujud. (Gambar hiasan 123RF)
Seorang pelajar ditipu lebih RM6,000 oleh sindiket yang menawarkan pinjaman wang tidak wujud. (Gambar hiasan 123RF)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar berusia 19 tahun dari Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, di sini ditipu lebih RM6,000 oleh sindiket yang menawarkan pinjaman tidak wujud ketika berhasrat membuat pinjaman peribadi.

Pelajar perempuan itu turut berasa ketakutan dengan gangguan ahli sindiket tersebut yang meminta wang susulan mangsa bersetuju untuk membuat pinjaman peribadi.

Menurut sumber, mangsa berminat untuk membuat pinjaman peribadi berjumlah RM5,000 selepas melihat iklan di laman web sebuah bank pada 20 Ogos lalu dan terus menghubungi nombor telefon pada iklan.

"Mangsa diberitahu beberapa syarat wajib dipersetujui sebelum permohonannya diluluskan termasuk caj bayaran bulanan ansuran berjumlah RM158 sebulan dalam tempoh tiga tahun. Tanpa berfikir panjang, mangsa bersetuju dan diminta memasukkan RM400 ke dalam satu akaun bank konon sebagai bayaran cukai.