Messi pindah, Real untung

Kroos (kanan) menyifatkan Barcelona kehilangan senjata utama jika melepaskan Messi.
Kroos (kanan) menyifatkan Barcelona kehilangan senjata utama jika melepaskan Messi.
A
A
A

PEMAIN tengah Real Madrid, Toni Kroos menyifatkan pasukannya akan beruntung sekiranya Lionel Messi meninggalkan Barcelona.

Menurutnya, pertembungan El Clasico membabitkan kedua-dua pasukan dan perebutan trofi La Liga akan menjadi lebih mudah buat Los Blancos.

"Kalau salah seorang pemain Barcelona seperti Messi tidak bermain, maka ia sesuatu yang sangat bagus buat kami. Kita tahu bagaimana peranan besar Messi dalam pasukan itu.

"Jika Messi berpindah dari Barcelona bererti pasukan itu kehilangan salah satu senjata terbaik mereka," katanya.

Messi sememangnya menjadi watak utama dan mesin gol buat kelab Sepanyol itu apabila sudah menghasilkan 634 gol dari 731 kali penampilan untuk Blaugrana.

Bagi Real sendiri, Messi adalah mimpi buruk buat mereka dengan pemilik enam trofi Ballon d'Or itu yang juga penjaring terbanyak sepanjang masa El Clasico dengan 26 gol.

Bagaimanapun, Messi dan Barcelona kini di ambang perpisahan selepas pemain kelahiran Argentina itu menyatakan hasrat untuk berpindah walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan.

Dia dikaitkan dengan beberapa pasukan gergasi antaranya Manchester City, Inter Milan dan tidak kurang yang meramalkan akan berpindah ke pasukan rival mereka, Real Madrid.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Kross menyifatkan berita perpindahan Messi ke Real sebagai tidak masuk akal dan melihat City sebagai pasukan yang sesuai buat pemain itu.

"Saya tidak percaya dia akan ke Real Madrid. Sudah tentu jika dia mahu berpindah, dia akan mencari pasukan yang berada di luar Sepanyol," katanya.