Lelaki tak dapat pinjam motosikal ugut bunuh kakak tiri

PDRM
PDRM
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki mengugut mahu membunuh kakak tirinya kerana wanita tersebut tidak mahu meminjamkan motosikal kepada suspek dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sri Gombak, di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 12.15 pagi di rumah berkenaan.

"Mangsa mendakwa adik tirinya mengugut untuk membunuhnya selepas dia enggan meminjamkan motosikal kepada suspek pada Ahad lalu. Suspek turut memecahkan meja, kerusi dan sinki di rumah berkenaan.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa takut dan trauma lalu membuat laporan di Balai Polis Gombak, " katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: