'Saya pernah disingkir kerana pertahankan kebenaran...'

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Konyensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Konyensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak akan memperdagangkan integriti semata-mata untuk menjaga kedudukan dan pangkat.

Muhyiddin berkata, beliau juga berpegang pada prinsip tidak akan mempertahankan kemungkaran.

"Yang benar tetap benar. Yang batil tetaplah batil. Saya pernah disingkir daripada kerajaan kerana mempertahankan kebenaran. Tidak mungkin saya membenarkan kebatilan bilamana saya berada semula dalam kerajaan.

"Inilah prinsip saya. Inilah kewajipan saya kepada Tuhan dan amanah saya kepada rakyat.

"Yang penting apabila ditanya oleh rakyat, adakah saya telah melaksanakan amanah saya, saya boleh katakan 'ya, saya telah laksanakan'. Selebihnya, saya berserah kepada ALLAH SWT," katanya ketika berucap sempena Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di sini hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, meskipun terbentuk tanpa sebarang manifesto, kerajaan PN telah meletakkan kebertanggungjawaban kepada rakyat sepenuhnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Konyensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Konyensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) hari ini. - Foto Bernama

Bagaimanapun, katanya, beliau mengakui agak sukar untuk rakyat membuat penilaian pencapaian yang dilakukan kerajaan tanpa manifesto sebagai penanda aras.

Artikel Berkaitan:

"Pembentukan kerajaan PN bukanlah selepas diadakan pilihan raya seperti biasa tetapi berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu, kerajaan ini tidak mempunyai apa-apa manifesto atau akujanji yang biasanya dibentangkan kepada rakyat semasa kempen pilihan raya. Tanpa manifesto, saya fikir agak sukar untuk saudara-saudari menilai pencapaian kerajaan.

"Namun, ini tidak bermakna saya boleh melakukan sewenang-wenangnya. Tiada manifesto bukan bermakna tiada kebertanggungjawaban atau 'accountability' kepada rakyat. 'Accountability' sebagai pemimpin tetap ada," katanya.