Pas sudah putuskan nama calon Pengerusi PN

Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli
A
A
A

PASIR MAS - Pas sudah putuskan satu nama bagi calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan tersebut baru-baru ini, kata Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari.

"Hanya satu nama. Di peringkat pusat nama sudah diputuskan dan proses penghantaran itu saya tidak pasti sebab tidak berada dalam Majlis Tertinggi PN.

"Saya yakin namanya sudahpun disampaikan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk tindakan lanjut," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.

Ahmad Fadhli (dua,kanan) menunjukkan ayam yang ditawarkan pada harga serendah RM1 seekor semasa merasmikan Mydin Mart di Pasir Mas pada Khamis dan hadir sama ialah Ameer (kiri). Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Ahmad Fadhli (dua,kanan) menunjukkan ayam yang ditawarkan pada harga serendah RM1 seekor semasa merasmikan Mydin Mart di Pasir Mas pada Khamis dan hadir sama ialah Ameer (kiri). Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Sebelum itu beliau merasmikan Mydin Mart di sini dan hadir sama ialah Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.

Menurut Ahmad Fadhli, nama calon sudah diputuskan namun proses penghantaran beliau tidak pasti macam mana.

Sementara itu Sinar Harian pada 30 Disember lalu melaporkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Peletakan jawatan itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri itu menerusi satu hantaran di Facebook.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PAS sudah memutuskan satu nama calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Nama calon sudah diputuskan di peringkat pusat
  • Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, percaya nama calon sudah disampaikan kepada Tan Sri Muhyiddin
  • Ahmad Fadhli tidak pasti tentang proses penghantaran nama calon
  • Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!