X

Kindly register in order to view this article
!

Budak tiga tahun terbang dililit layang-layang

Lin Chih-chien dibelit tali layang-layang sebelum dibawa terbang selama kira-kira setengah minit.
A
A

TAIPEI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berdepan detik cemas apabila tersangkut pada layang-layang dan diterbangkan ke udara selama setengah minit dalam kejadian di sebuah festival di Taiwan.

Keterujaaan orang ramai melihat layang-layang merah jambu gergasi bertukar menjadi jeritan panik apabila mereka menyedari mangsa yang dikenali sebagai Lin Chih-chien dililit tali layang-layang tersebut di bahagian hujung.

Angin kencang menyebabkan kanak-kanak terbabit 'terbang' selama 31 saat.

Menerusi video yang tular di laman sosial, mangsa dapat dilihat berpusing beberapa kali di udara sebelum dia berjaya diselamatkan.

Datuk Bandar Hsinchu berkata, Chih-chien mengalami calar di bahagian wajah dan masih ketakutan dengan insiden yang menimpanya.

"Kerajaan tempatan memohon maaf kepada mangsa dan orang ramai," tulisnya di Facebook.

Seorang saksi, Lin, 34, memberitahu dia membantu mendapatkan semula mangsa apabila tali layang-layang terbang lebih rendah. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!