Pemandu Camry Putih direman esok

Abd Jalil Hassan
Abd Jalil Hassan
A
A
A

KUANTAN - Seorang peniaga akan direman esok bagi membantu siasatan kes langgar lari membabitkan sebuah kenderaan jenis Toyota Camry dan sebuah motosikal di Kilometer 56.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala Karak, petang tadi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Polis Pahang berjaya mengesan dan menangkap suspek berusia 37 tahun itu di Balai Gombak kira-kira jam 7 petang.

"Perintah tahanan reman akan dilaksanakan esok di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bentong untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Camry putih berjaya ditangkap

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintenden Kamarulzaman Jusoh @ Mohd Daud berkata, saksi awam yang melihat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang tadi berlaku satu kemalangan jalan raya di lokasi tersebut yang mana kenderaan dipandu kedua-dua pihak datang dari arah Pahang menghala ke Kuala Lumpur.

Kamarulzaman Jusoh @ Mohd Daud
Kamarulzaman Jusoh @ Mohd Daud

"Sampai di tempat kejadian dipercayai suspek yang memandu di lorong kiri telah mengubah haluan ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan hadapan manakala motosikal yang ditunggang seorang lelaki dan seorang wanita juga dari lorong kecemasan telah mengelak lalu terbabas ke kiri dan jatuh ke tebing kiri jalan.

"Susulan kemalangan tersebut suspek tidak memberhentikan kenderaan dan lari dari tempat kejadian. Mangsa terlibat telah dihantar ke Hospital Bentong dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Kamarulzaman berkata, suspek akan menjalani saringan awal air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bentong dan kenderaan terlibat turut ditahan untuk siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.