Kemenangan ubati kerinduan rakyat kepada BN

Ahmad Zahid ketika ditemui media di Command Centre BN di Felda Residence Trolak di sini.
Ahmad Zahid ketika ditemui media di Command Centre BN di Felda Residence Trolak di sini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim disifatkan berjaya mengubati kerinduan rakyat kepada parti itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN berjaya memenangi kerusi di semua 13 pusat mengundi dalam DUN itu sekali gus menunjukkan prestasi terbaru pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, kita kalah di enam pusat mengundi tetapi dengan sokongan kesemua pengundi dan pengarah pilihan raya, kesemua pusat mengundi menang.

“Kerinduan pengundi kepada BN telah terubat. Kita akan terjemahkan jika ada pilihan raya di Sabah dan PRU-15 jika diadakan,” katanya dalam sidang akhbar di Command Centre BN di Felda Residence Trolak di sini selepas keputusan PRK sebentar tadi.

Menurutnya, kemenangan itu menjadi inspirasi kepada BN untuk melakukan yang terbaik bagi memenangi hati rakyat.

“Kita tidak riak, jauh untuk berasa takbur tetapi kita akan terus meraih sokongan rakyat yang rindukan BN,” katanya.

Ahmad Zahid turut menasihatkan kepada wakil rakyat baharu, Mohd Zaidi Aziz untuk meneruskan perjuangan Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib sebelum ini.

“Sebagai wakil rakyat baharu di Slim ini, penuhi permintaan-permintaan rakyat dan berilah perkhidmatan terbaik seperti yang dilakukan Allahyarham Mohd Khusairi,” katanya.

Artikel Berkaitan: