X

Kindly register in order to view this article
!

Tamrin serah pada peguam dakwaan Zuraida

Mohd Tamrin Tun Ghafar
A
A

SHAH ALAM - Datuk Mohd Tamrin Tun Ghafar memberi bayangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin yang mengaitkan beliau dengan isu projek ‘rundingan terus’.

Mohd Tamrin mendakwa, beliau tidak pasti tujuan Zuraida mengaitkan dirinya dalam isu rundingan terus yang dibangkitkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini.

“Amat mustahil bagi seorang menteri tidak tahu langsung perkara tersebut sedangkan Kementerian Kewangan hanya bertindak mengikut rekomendasi KPKT,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Tamrin berkata, sebagai seorang menteri sepatutnya Zuraida tidak membabitkan dan menyalahkan pihak lain di atas kegagalannya.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk tindakan seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua projek rundingan terus KPKT melalui Guan Eng

Terdahulu, Zuraida mendakwa dua projek di bawah Kementerian itu yang dibuat secara rundingan terus melalui Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurutnya, Penasihat Syarikat Bumi Segar Indah, (Datuk Mohd) Tamrin Tun Ghafar yang merupakan penyokong tegar Pakatan Harapan, bertemu sendiri bagi pihak mereka dengan Menteri Kewangan pada 26 November 2018.

Projek yang dimaksudkan ialah sisa pepejal Taman Beringin bernilai kira-kira RM170,294,400 juta dan projek Sistem Perisian Perakaunan Century bernilai RM501,206.37.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!