Bersatu tidak layak jadi Pakatan Melayu Islam: Ku Li

TENGKU RAZALEIGH
TENGKU RAZALEIGH
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak lagi layak menjadi anggota Pakatan Melayu Islam yang disokong Muafakat Nasional selepas memutuskan untuk menerima bukan Melayu menjadi ahli parti.

Ahli Parlimen Gua Musang, Pengerusi Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, UMNO tidak pernah menjadi anggota kerajaan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya hanya untuk memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan untuk menjaga kestabilan politik negara.

“Apabila berlakunya perubahan diumumkan Bersatu, wajar ahli UMNO yang menganggotai Kabinet kerajaan berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang.

"Ini patut dilakukan secepat mungkin supaya kita tidak membuang masa memberi tumpuan kepada masalah yang lebih besar seperti kedudukan belia yang susah mencari pekerjaan dalam keadaan kita menghadapi pandemik Covid-19 yang mengancam negara pada masa ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, perkara itu sepatutnya dibawa ke perhimpunan agung parti tidak lama lagi.

Selasa lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu sedia meminda Perlembagaan parti bagi membolehkan penyertaan kaum lain termasuk memegang jawatan dalam parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu sedia pinda Perlembagaan benarkan penyertaan kaum lain

Katanya, cadangan tersebut akan dibentangkan jawatankuasa khas diketuai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim untuk dipersetujui bersama di peringkat MPT.

Artikel Berkaitan: