Kelibat ‘nenek tua’ di Bukit Bertangga

No Image Caption
A
A
A

RAMAI yang sering bertanya, “apa yang seronoknya mendaki bukit dan gunung?"

Selain melelahkan, terpaksa pula berjalan jauh di tambah dengan berat beban yang harus di pikul semata-mata untuk menaiki puncak yang tidak pernah menjanjikan apa-apa.

Namun pada mereka yang sudah jatuh cinta dengan aktiviti ini, mendaki bukit dan gunung sememangnya mempunyai seni yang tersendiri.

Hanya mereka bergelar pendaki sahaja yang tahu nikmat di sebalik semua jerih payah itu.