Mansuh sekolah vernakular bukan keutamaan: Saifuddin

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - Isu pemansuhan sekolah vernakular bukan satu keutamaan untuk dibahaskan buat masa ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini kerana keutamaan kerajaan ketika ini untuk memberikan kualiti pendidikan yang terbaik.

"Sekolah vernakular telah wujud sejak sekian lama dan membentuk peranan yang unik dalam sistem pendidikan negara kita.

"Saya pasti kerajaan hari ini tidak akan mengganggu peranan yang dimainkan oleh sekolah vernakukar ini.

"Saya ambil contoh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Lancang, Pahang, jumlah pelajar Melayu yang bersekolah di situ lebih ramai berbanding pelajar Cina sebab di situ bandar orang Melayu, tapi kita tidak boleh tutup sebab sudah lama di situ," katanya pada sidang media khas di kementeriannya di sini hari ini.

Saifuddin (tengah) memegang plakad #Momen Negaraku selepas temu bual khas sempena Bulan Kebangsaan 2020 bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya hari ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Saifuddin (tengah) memegang plakad #Momen Negaraku selepas temu bual khas sempena Bulan Kebangsaan 2020 bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya hari ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) supaya semua sekolah vernakular dimansuhkan secara berperingkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Armada mahu sekolah vernakular dimansuhkan

Artikel Berkaitan:

Ketua Armada Nasional, Wan Ahmad Fayhsal dilaporkan berkata, usaha tersebut perlu menjadi keutamaan agenda nasional dan bukannya digunakan sebagai bahan politik untuk meraih undi.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, beliau tidak tahu sama ada pandangan Wan Ahmad Fayhsal itu suara peribadi atau parti namun katanya semua pihak perlu melihat isu tersebut dalam aspek yang lebih meluas.

"Saya sedar bahawa isu sekolah vernakukar ini diperdebatkan tetapi saya percaya kita perlu melihat dalam aspek yang lebih besar dan positif," katanya.