PGA rampas 4,117 botol, tin minuman keras

Sebahagian daripada 4,117 botol serta tin minuman keras yang dirampas dari sebuah rumah dalam serbuan dilakukan PGA di bandar Permas, Johor Bahru semalam.
Sebahagian daripada 4,117 botol serta tin minuman keras yang dirampas dari sebuah rumah dalam serbuan dilakukan PGA di bandar Permas, Johor Bahru semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menyerbu sebuah rumah dan merampas 4,117 botol dan tin minuman keras di bandar Permas di sini semalam.

Serbuan sepasukan pegawai dan anggota Batalion 5 PGA itu pada jam 4.20 petang itu menemukan 2,557 botol dan 1,560 tin minuman keras.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya turut menahan tiga lelaki berusia antara 40 hingga 42 tahun.

Tiga suspek ditahan dan 4,117 botol serta tin minuman keras dirampas dari sebuah rumah di bandar Permas, Johor Bahru semalam.
Tiga suspek ditahan dan 4,117 botol serta tin minuman keras dirampas dari sebuah rumah di bandar Permas, Johor Bahru semalam.

"Kita turut merampas sebuah van jenis Nissan Urvan dan wang tunai berjumlah RM2,587. Jumlah nilai rampasan keseluruhan bernilai RM380,318," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh didenda 20 kali nilai rampasan dan penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Diharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang menerusi talian hotline IPD itu 07-2182323," katanya.

Artikel Berkaitan: