Sayno2zina: Usaha terbaik pelihara maruah wanita

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Muslimat Pas menyifatkan inisiatif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menganjurkan kempen ‘Sayno2zina’ sebagai usaha terbaik untuk memelihara maruah golongan wanita.

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, kempen yang dilaksanakan itu juga menjadi salah satu cara untuk mencegah perlakukan seksual sebelum berkahwin.

“Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang budaya dan agama untuk turut sama menyokong kempen ‘Sayno2zina’ ini sebagai salah satu usaha menangani isu gejala sosial yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat.

“Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan sejumlah 911 bayi dibuang dari tahun 2010 hingga Ogos 2018, di mana 585 bayi dijumpai tidak bernyawa. Tentunya angka-angka ini begitu membimbangkan memandangkan bilangannya yang bertambah saban tahun.

“Selain itu, gejala zina ini turut meningkatkan risiko jangkitan penyakit kelamin seperti HIV, sifilis, gonorrhea dan lain-lain,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan kempen itu sebagai pendekatan konservatif, jelasnya ia merupakan pandangan dangkal dan jelik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kempen 'SayNo2Zina' dapat tentangan NGO

“Sepatutnya permasalahan sosial yang berlaku kini ditangani dari peringkat akar umbi yang akhirnya membawa kembali kepada nilai moral dan penjagaan hubungan lelaki serta wanita.

Artikel Berkaitan:

“Pembentukan generasi muda amat penting dalam mencerminkan modal insan dan pembangunan sosial negara kelak,” katanya.