TH serah zakat RM3.45 juta kepada ZPP

Syed Saleh (dua dari kiri) menyerahkan zakat berjumlah RM3.45 juta kepada Abdul Rahman tadi.
Syed Saleh (dua dari kiri) menyerahkan zakat berjumlah RM3.45 juta kepada Abdul Rahman tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat berjumlah RM3.45 juta bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP) tadi.

Pengarah Eksekutif (Haji) TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, bayaran zakat bagi Pulau Pinang mencatatkan peningkatan berbanding bagi tahun 2018 iaitu sebanyak RM3.4 juta.

Menurutnya, setiap tahun, pihaknya melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab TH sebagai sebuah organisasi Islam.

"Kita berharap dengan pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh ZPP ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri ini bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan pembayaran zakat TH di Pulau Pinang bagi 2019 mencatatkan peningkatan dengan RM86.19 juta berbanding RM85.6 juta bagi 2018.

"Bagi tahun ini, TH memperkasakan lagi tanggungjawab dengan pelaksanaan program zakat yang disasarkan kepada golongan yang memerlukan melalui penganjuran program pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan.

"Inisiatif ini juga diharap akan memberi impak positif berganda kepada golongan asnaf," katanya.

Terdahulu, zakat tersebut diserahkan oleh Syed Saleh kepada Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya, Sri Mutiara.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah ZPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.