Anwar, Li Qiang bincang perkukuh hubungan strategik Malaysia-China

Anwar (kiri) bersama Perdana Menteri China, Li Qiang di Mingyuan Hall, Rumah Tetamu Negara West Lake (Xihu). Foto Bernama
Anwar (kiri) bersama Perdana Menteri China, Li Qiang di Mingyuan Hall, Rumah Tetamu Negara West Lake (Xihu). Foto Bernama
A
A
A

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari China, Li Qiang untuk memperkukuh lagi hubungan strategik dan kerjasama antara Malaysia dengan China.

Pertemuan yang bermula pada 12 tengah hari itu di West Lake State Guest House di sini, menjadi antara agenda utama pada hari terakhir lawatan kerja selama tiga hari Perdana Menteri ke Shanghai dan Hangzhou.

Anwar yang juga Menteri Kewangan diiringi delegasi Malaysia antaranya Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad.

Anwar (tiga dari kiri) mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri China, Li Qiang di Mingyuan Hall, Rumah Tetamu Negara West Lake (Xihu). Foto Bernama
Anwar (tiga dari kiri) mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri China, Li Qiang di Mingyuan Hall, Rumah Tetamu Negara West Lake (Xihu). Foto Bernama

Kedua-dua pemimpin dijangka meneliti perkembangan projek dua hala selain meneroka ruang kerjasama strategik baharu di bawah kerangka Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China.

Ia selari dengan aspirasi membina Komuniti Strategik Malaysia-China Bertaraf Tinggi dengan Masa Depan Bersama serta inisiatif Presiden China Xi Jinping mengenai Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!