Pirlo mahu tiru cara Conte

Pirlo
Pirlo
A
A
A

PENGENDALI baharu Juventus, Andrea Pirlo tanpa berselindung mengakui akan menggunakan taktikal yang pernah dipakai Antonio Conte ketika mengemudi pasukan The Old Lady itu.

Menurutnya, dia pernah bermain ketika Conte menjadi pengendali Juventus pada 2011 hingga 2014 dan cara itu dilihat sesuai dengan gaya permainan pasukan kendaliannya itu.

"Mungkin kita boleh sampai ke tahap keinginan dan penyatuan dalam pasukan seperti yang pernah dibuat Conte. Bagi saya ia sangat terbaik dan memenuhi kehendak pasukan.

"Tetapi itulah yang saya ingin bawa kembali - prinsip-prinsip, cara kerja dan pengorbanan serta kerja keras.Saya percaya dengan cara ini anda dapat mencapai matlamat," katanya.

Pirlo sebelum ini belum pernah melatih pasukan senior dan hanya mempunyai pengalaman membimbing kelab bawah 23 tahun Juventus sebelum dilantik sebagai pengendali utama pasukan pada 8 Ogos lalu.

Sebelum ini, Maurizio Sarri dipecat oleh Juventus selepas gagal membawa pasukan itu mara lebih jauh dalam aksi Liga Juara-Juara-tewas kepada Lyon dalam pusingan 16 pasukan terbaik.

Taktikal Sarri turut dipersoal ketika membimbing pasukan gergasi Itali itu dan Pirlo menegaskan dia akan cuba mengembalikan imej kelab yang berpangkalan di Turin itu.

"Saya mahu kembalikan semua semangat dan keyakinan yang telah hilang daripada diri pemain. Saya mahu mengetengahkan bola sepak yang proaktif dan dominan.

Artikel Berkaitan:

"Saya telah nyatakan kepada pemain dua perkara, pertama mereka skena selalu memastikan penguasaan bola dan cuba memperbaiki keadaan jika berlaku kesilapan. Itu dua perkara taktikal yang saya pegang. Sudah tentu perkara paling penting adalah mental seseorang pemain itu," katanya.

Antonio Conte
Antonio Conte