Suspek kes samun wanita warga China bekas anggota polis

Rakaman suspek menarik tangan mangsa tular di media sosial.
Rakaman suspek menarik tangan mangsa tular di media sosial.
A
A
A

AMPANG - Seorang suspek yang ditangkap berhubung kes menyamar dan menyamun seorang wanita warga China di Pandan Perdana kelmarin merupakan bekas anggota polis yang telah diberhentikan kerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, suspek berusia 46 tahun itu diberhentikan kerja pada 18 Julai 2018.

"Dia diberhentikan kerja kerana disabitkan berhubung kes dadah di Terengganu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Azam Ismail memaklumkan bekas anggota polis berpangkat koperal itu direman bermula semalam hingga 30 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Polis juga sedang memburu dua lelaki yang disyaki menyamar anggota polis dan menyamun wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lelaki menyamar polis diburu

Ketika kejadian pada jam 7 malam itu, mangsa berusia 29 tahun sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai makan sebelum didatangi tiga orang lelaki.

Suspek telah bertindak memegang kedua-dua belah tangan mangsa dan kemudian telah menarik mangsa ke kawasan letak kereta.

Artikel Berkaitan:

Orang awam memberi bantuan kepada mangsa setelah terdengar jeritannya meminta tolong.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan.