Lima kawasan di Wilayah KL berdepan gangguan air

Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di lima kawasan sekitar Wilayah Kuala Lumpur.
Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka berlaku di lima kawasan sekitar Wilayah Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima kawasan di Wilayah Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah berhampiran Pudu Ulu Baru, Jalan Semerah Padi malam tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, berikutan kejadian itu, bekalan air terpaksa ditutup pada jam 12 tengah malam tadi bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan.

Beliau berkata, sehingga kini, kerja pembaikan berada pada tahap 97 peratus dan dijangka siap sekitar jam 10 pagi ini.

"Bekalan air akan disalurkan sejurus kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, lima kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual itu adalah Kg Pandan Luar (Jalan 1 hingga 8), Taman Maluri, Desa Pandan, Taman Maju Jaya dan Taman Pudu Impian.

Katanya, bekalan air akan digerakkan menerusi lori-lori tangki ke kawasan terlibat bagi membantu pengguna yang terjejas.

Artikel Berkaitan: