X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

TNB potong bekalan elektrik 18 premis judi

Operasi bersepadu pemotongan bekalan elektrik di premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian haram di daerah Ampang Jaya semalam.
A
A

AMPANG - Sebanyak 18 premis yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di Ampang, Pandan Indah dan Pandan Perdana dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail berkata, tindakan pemotongan elektrik itu diambil bagi mengekang aktiviti perjudian di kawasan berkenaan.

"Operasi bersepadu itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dengan kerjasama TNB bermula pada jam 12 tengah hari," katanya melalui kenyataan media semalam.

Mohd Azam berkata, tindakan pemotongan elektrik oleh kakitangan TNB mengikut Undang-Undang di bawah seksyen 38 (1A) Electricity Supply (Amendment) Act 2001.

"Kita juga bertindak mengikut Undang-Undang Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289 - Pindaan 2001) dengan kuasa-kuasa yang telah diberikan di bawah seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289 - Pindaan 2001) ke atas premis yang menjalankan kegiatan perjudian," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!