Selangor baiki rumah uzur Orang Asli Ulu Kuang

Amirudin Shari beramah mesra bersama penduduk dalam siri lawatan di Kampung Orang Asli Ulu Kuang.
Amirudin Shari beramah mesra bersama penduduk dalam siri lawatan di Kampung Orang Asli Ulu Kuang.
A
A
A

GOMBAK - Sebanyak 10 buah rumah uzur di kawasan Kampung Orang Asli Ulu Kuang akan dibaiki tidak lama lagi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembaikan keseluruhan rumah uzur itu dijangka menelan belanja sebanyak RM100,000.

"Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk membaiki 10 buah rumah yang telah uzur di kawasan Kampung Orang Asli Ulu Kuang.

"Sumbangan RM10,000 turut akan disalurkan bagi menghidupkan serta merancakkan program komuniti di kawasan ini," katanya ketika lawatan ke Kampung Orang Asli Ulu Kuang, semalam.

Dalam pada itu katanya, sebuah negara yang telah merdeka selama 63 tahun pastilah mempunyai wawasan yang luas dan harapan yang besar daripada rakyatnya.

"Selangor mempunyai misi tersendiri bagi mengisi makna kemerdekaan agar tiada sesiapa pun yang akan tersisih daripada arus gerak ekonomi.

"Semoga semangat Rukun Negara terus dapat dihayati dan disemaikan di Ulu Kuang dan seluruh negeri Selangor," kata beliau lagi.

Artikel Berkaitan: