Koop Sahabat sasar untung RM11.9 juta hasil pelaburan Ceylonz


Mazri menerima cenderamata daripada Vincent pada Majlis Penyerahan Kunci Pembangunan Ceylonz Suites di Bukit Kewangan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mazri menerima cenderamata daripada Vincent pada Majlis Penyerahan Kunci Pembangunan Ceylonz Suites di Bukit Kewangan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A
A

KOPERASI Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) menyasarkan keuntungan pelaburan berjumlah RM11.9 juta bagi projek pembangunan Ceylonz.

Ketua Pegawai Eksekutif Koop Sahabat, Mazri Mahmood berkata, projek berkenaan dibangunkan hasil kerjasama pembangunan pertama antara Koop Sahabat dengan Syarikat Paragon Ceylonz Sdn Bhd juga anak syarikat kepada Exsim Group.

Menurutnya, sebanyak RM32 juta dilaburkan oleh Koop Sahabat bagi membangunkan projek di tengah ibu kota itu.

Katanya, projek hartanah itu adalah penanda aras kepada permulaan pembabitan Koop Sahabat mengembangkan pembabitan aktiviti ekonomi dan pelaburan terutama bagi bidang hartanah.“Pihak kami menerima lima kunci unit hartanah bernilai RM4.2 juta manakala pelaburan keseluruhan dalam hartanah ini pula bernilai RM3.2 juta, sekali gus membolehkan perolehan keuntungan berjumlah RM11.9 juta kepada Koop Sahabat.

“Bidang Hartanah adalah salah satu daripada lima cabang perniagaan utama Koop Sahabat selain sektor perkhidmatan kewangan, peruncitan, perladangan dan pembalakkan serta pelaburan strategik,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Projek Pembangunan Ceylonz Suites di Bukit Kewangan, Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Korporat Kewangan dan Operasi Eksim Group, Vincent Chin.

Mazri berkata, pembabitan Koop Sahabat dalam projek pembangunan hartanah juga membuktikan keupayaan dan kemampuan koperasi dari aspek kewangan serta kepakaran dalam pelaburan itu.

Selain projek berkenaan, Koop Sahabat juga membangunkan projek hartanah di dua lagi negeri iaitu Pulau Pinang dan Pahang atas inisiatif sendiri.

Artikel Berkaitan: