Koo Ham diusir keluar Dewan Rakyat

Koo Ham (bawah, kiri) hari ini diusir keluar Dewan Rakyat kerana mengganggu perjalanan mesyuarat.
Koo Ham (bawah, kiri) hari ini diusir keluar Dewan Rakyat kerana mengganggu perjalanan mesyuarat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) diusir keluar Dewan Rakyat kerana mengganggu perjalanan mesyuarat, hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun selepas beberapa kali memberi amaran kepada Koo Ham.

Menurutnya, Koo Ham hanya dibenarkan mengikuti persidangan pada jam 10 pagi esok.

"Saya beri amaran kepada semua, sesiapa sahaja yang buang masa, saya usir keluar dewan sekarang, Yang Berhormat Menteri Kewangan sila teruskan," katanya.

Kekecohan itu berlaku ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

ARTIKEL BERKAITAN: 101 projek rundingan terus diluluskan zaman PH

Ia susulan Tengku Zafrul mendedahkan sebanyak 101 projek membabitkan nilai RM6.61 bilion dibuat secara rundingan terus ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

Koo Ham kemudian bangkit untuk meminta penjelasan daripada Tengku Zafrul berhubung dakwaan itu sebelum berlaku ketegangan apabila beberapa ahli Parlimen blok kerajaan turut bangkit mencelah.

Artikel Berkaitan: