Feri Pulau Pinang tergendala tiga hari

Rapid Feri Pulau Pinang hari ini memaklumkan perkhidmatannya tergendala selama tiga hari bermula hari ini kerana masalah teknikal pada enjin.
Rapid Feri Pulau Pinang hari ini memaklumkan perkhidmatannya tergendala selama tiga hari bermula hari ini kerana masalah teknikal pada enjin.
A
A
A

GEORGETOWN - Perkhidmatan Rapid Feri Pulau Pinang tergendala selama tiga hari bermula hari ini kerana masalah teknikal pada enjin feri berkenaan.

Ketua Rapid Ferry, Osman Amir berkata, masalah membabitkan empat buah feri yang beroperasi dari Pangkalan Raja Tun Uda ke Pangkalan Sultan Abdul Halim untuk perjalanan pergi dan balik.

"Oleh itu Rapid Ferry telah menyediakan perkhidmatan bas percuma dari Penang Sentral ke Terminal Weld Quay.

"Sebanyak 10 buah bas disediakan dengan frekuensi 10 hingga 20 minit. Saya mewakili Rapid Ferry memohon maaf atas segala kesulitan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, perkhidmatan bas yang disediakan dari Penang Sentral (Platform 11 dan 12) bermula jam 6 pagi sehingga jam 11 malam.

"Bagi bas dari Terminal Weld Quay (Terminal A) pula, bas pertama pada jam 7.10 pagi dan bas terakhir pada jam 11 malam. Orang ramai boleh menghubungi Rapid Ferry di Facebook @rapid ferry untuk sebarang pertanyaan," katanya.

Artikel Berkaitan: