Dua nelayan Thailand ditahan

Bot kelas A ditahan bersama dua nelayan Thailand di Pantai Bersih, Butterworth petang semalam.
Bot kelas A ditahan bersama dua nelayan Thailand di Pantai Bersih, Butterworth petang semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Dua nelayan warga Thailand ditahan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang di kedudukan 2.2 batu nautika barat Pantai Bersih, Butterworth petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, kedua-dua lelaki berusia 29 dan 31 tahun itu ditahan dalam Op Benteng pada jam 6 petang.

Menurutnya, pihaknya menahan sebuah bot tempatan yang dinaiki dua warga Thailand tersebut.

"Ketika rondaan dalam Op Benteng petang semalam, kita menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas A yang tiada nombor pendaftaran.

Kedua-dua nelayan Thailand yang ditahan di Pantai Bersih, Butterworth petang semalam.
Kedua-dua nelayan Thailand yang ditahan di Pantai Bersih, Butterworth petang semalam.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut gagal mengemukakan lesen yang sah. Oleh itu, kita menahannya bersama dua nelayan warga asing," katanya dalam satu kenyataaan malam tadi.

Jelasnya, bot dan dua lelaki Thailand tersebut dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan tanpa sebarang lesen yang sah.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua tangkapan juga didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di Malaysia selepas pas/permit tamat tempoh atau dibatalkan," katanya.