Fernandes tekad lebih tajam

Bruno Fernandes
Bruno Fernandes
A
A
A

PENYERANG Manchester United, Bruno Fernandes memberi amaran kepada pencabar utama The Red Devils menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bahawa dia boleh menjadi lebih tajam pada musim depan.

Pemain tengah Portugal itu tiba di Old Trafford pada Januari dengan harga 55 pound juta dari Sporting Lisbon berjaya mengubah perjalanan musim United.

Pemain berusia 25 tahun itu yang meledak lapan gol dan tujuh bantuan gol dalam 14 penampilan liga berjaya meletakan Manchester Unted melonjak ke ketiga.

Fernandes menyempurnakan lapan penalti daripada 22 sepakan diperoleh kelab kendalian Ole Gunner Solskjaer berkata: “Saya tidak mempunyai rahsia sebaliknya saya cuma suka berlatih lebih kerap berlatih. Saya selalu memperhatikan apa yang dilakukan penjaga gol bagaimana mereka meletakkan diri mereka di depan gawang gol.

“Berdasarkan itu, berdasarkan perlawanan, dan juga perasaan semasa di padang, saya memilih teknik sesuai mengambil penalti.

“Sebenarnya saya tidak mempunyai teknik khusus dalam mengambil sepakan. Tidak ada jangkaan tertentu sebaliknya saya hanya berpegang pada apa yang saya rasa paling selesa.

“Sekiranya saya sering mengubahnya, ia membuat penjaga gol tidak pasti. Saya mengubah jangkaan saya untuk bagaimana perasaan saya semasa perlawanan, atau bagaimana saya merasakan penjaga gol (akan bergerak).”

Fernandes mengakui kehadirannya bersama Manchester United memberi impak positif berharap dapat mendorong kelab untuk melangkah ke kempen seterusnya selepas tiga kekalahan separuh akhir pada 2019/20.

Artikel Berkaitan:

“Ini naluri. Selama bertahun-tahun, kerana kedudukan di mana saya bermain, saya mengembangkan kemampuan saya untuk bergerak dan melihat ke depan.

“Ketika kami kehilangan bola, saya berusaha menjadi yang pertama untuk bereaksi dan meminta pemain penyerang lain untuk membantu dalam kemenangan kembali.

“Dan jelas bagi saya, dapat membina permainan, memiliki bola dan memberikan hantaran kepada rakan sepasukan untuk membolehkan mereka menjaringkan gol ini sangat penting.

“Saya rasa itulah yang perlu saya lakukan lebih banyak pada masa sama memberikan beberapa bantuan gol Saya percaya saya dapat meningkatkan jumlah saya memandangkan kualiti yang kita miliki di depan.”