Pekerja kilang ditahan lumba motosikal

Kedua-dua operator kilang ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan malam tadi.
Kedua-dua operator kilang ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan malam tadi.
A
A
A

BUTTERWORTH - Dua pekerja kilang ditahan selepas didapati berlumba motosikal di Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kedua-dua lelaki berusia 20 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan bermula jam 11.45 malam hingga 8 pagi tadi.

Menurutnya, kedua-dua lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR itu didapati berlumba sesama sendiri bermula dari arah Plaza Tol BORR Bagan Ajam menghala ke jejambat Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT) menuju ke Perai.

"Kedua-dua lelaki dari Kulim, Kedah itu ditahan di sebuah stesen minyak di BORR Bagan Ajam dan dibawa ke Mahkamah Butterworth pagi ini untuk perintah reman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel Berkaitan: