Polis tahan lelaki mabuk

Suspek ditahan dalam Op Mabuk.
Suspek ditahan dalam Op Mabuk.
A
A
A

NILAI - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi 'Op Mabuk' yang diadakan polis sekitar daerah ini, mulai jam 12.30 malam tadi hingga 3 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Noor Marzukee Besar berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Jalan Bandar Baru Nilai selepas dia yang memandu kereta jenis Toyota Altis dilihat mencurigakan.

"Berdasarkan ujian awal pernafasan, mendapati kandungan alkohol yang tinggi di dalam badannya.

"Suspek kemudian dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Nilai untuk menjalani ujian pernafasan menggunakan alat EBA-II," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil ujian pernafasan itu mendapati kandungan alkohol dalam darah bagi suspek tersebut telah melebihi had yang dibenarkan.

"Suspek ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut. Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: