Kaki tersangkut dalam lubang tandas

Anggota bomba membantu mengeluarkan kaki kiri seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut dalam lubang tandas di Taman Nilam Sari Muar hari ini.
Anggota bomba membantu mengeluarkan kaki kiri seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut dalam lubang tandas di Taman Nilam Sari Muar hari ini.
A
A
A

MUAR - Anggota bomba mengambil masa 10 minit bagi mengeluarkan kaki kiri seorang kanak-kanak lelaki yang tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Nilam Sari di sini hari ini.

Komandan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Pegawai Bomba Kanan II Heza Aris berkata, seramai 11 anggota bersama sebuah jentera pemadam (FRT) dan sebuah ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.54 tengah hari.

Menurutnya, kanak-kanak berusia 11 tahun itu dipercayai hendak menggunakan tandas sebelum tergelincir menyebabkan kakinya tersangkut di dalam lubang tandas.

"Bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa dengan menggunakan peralatan khas," katanya hari ini.

Heza berkata, bagaimanapun kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan: